Abstract
PUTRAJAYA, 1 Julai 2025 – Universiti Teknologi MARA (UiTM) terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam bidang keselamatan siber negara apabila diumumkan sebagai antara universiti utama yang memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) sempena Majlis Perasmian Pembukaan Cyber Defence & Security Exhibition and Conference (CYDES) 2025, di sini hari ini. MoU yang digerakkan oleh Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM), UiTM, ini telah disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri I, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Detik bersejarah ini mencerminkan kedudukan strategik dan komitmen tinggi UiTM dalam memperkukuh ekosistem keselamatan siber negara melalui penglibatan aktif dalam bidang penyelidikan, pembangunan bakat dan teknologi terkini. “Ancaman siber kini semakin canggih, dan kesiapsiagaan serta tingkah laku digital yang bertanggungjawab bukan lagi satu pilihan – ia adalah barisan pertahanan pertama kita,” tegas YAB TPM dalam ucapannya. Beliau turut menekankan keperluan dasar dan kerangka keselamatan siber yang sentiasa berkembang sejajar dengan kemunculan teknologi baharu seperti AI dan IoT. “Tiada teknologi yang lebih kuat daripada insan di belakangnya. Sebab itu kita melabur dalam bakat, penyelidikan dan latihan – serta membina kerjasama global yang strategik,” katanya.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, News Hub UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Contributor News, FSKM UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > L Education (General) L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department |
| Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
| Page Range: | pp. 1-4 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Cyber Defence & Security Exhibition and Conference (CYDES) 2025, Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
| Date: | July 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/137001 |
