Abstract
Puncak Alam, 17 Jun 2025 — Universiti Teknologi MARA (UiTM) melalui Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) dan FUJIFILM Malaysia secara rasmi memeterai satu Memorandum Perjanjian (MoA) dalam satu majlis bersejarah yang berlangsung di Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Kampus Puncak Alam. MoA ini ditandatangani oleh Pengarah Hospital Al-Sultan Abdullah dan Pengarah Urusan FUJIFILM Malaysia, menandakan permulaan kerjasama strategik yang bakal memacu kemajuan bidang endoskopi gastrointestinal di Malaysia dan rantau ini. Usahasama ini disusun sebagai langkah memperkukuh inisiatif GastroUiTM, iaitu satu projek bersama Fakulti Perubatan UiTM dan HASA untuk mewujudkan hab latihan serantau dalam bidang endoskopi gastrointestinal yang mampu menawarkan latihan bertaraf antarabangsa kepada tenaga kerja kesihatan. Melalui perjanjian ini, teknologi endoskopi tercanggih FUJIFILM akan digabungkan dengan kepakaran akademik dan klinikal UiTM dalam bidang gastroenterologi, sekali gus meningkatkan keupayaan latihan dan perkhidmatan hospital dalam mengenal pasti serta merawat penyakit gastrousus secara lebih berkesan dan awal.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, News Hub UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Contributor Abdul Rani, Rafiz UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > L Education (General) L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department |
| Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
| Page Range: | pp. 1-3 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | FUJIFILM Malaysia, Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA), UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam, Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
| Date: | June 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/136999 |
