Abstract
Colombo, Sri Lanka – 17 Julai 2025 Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam menerusi Fakulti Alam Bina (FAB) terus memperluas jaringan akademik antarabangsa dengan menjalin kerjasama strategik bersama Pebbles Academy, Sri Lanka melalui sesi penyerahan rasmi Memorandum Persefahaman (MoU) yang berlangsung di Colombo. MoU berkenaan diserahkan secara rasmi oleh Dekan FAB, Prof. Ts. Dr. Hajah Emma Marinie Ahmad Zawawi, kepada pihak pengurusan Pebbles Academy dalam satu majlis yang merintis inisiatif mobiliti akademik dan pemerkasaan bidang Ukur Bahan di peringkat global. Majlis bersejarah ini turut disertai oleh wakil akademik dari Bidang Ukur Bahan, FAB, iaitu Prof. Sr Dr. Mohammad Fadhil Mohammad, Sr Dr. Ani Saifuza Abd Shukor, dan Sr Dr. Anis Sazira Bakri, yang bersama-sama membincangkan pelaksanaan aktiviti di bawah kerjasama dua hala serta cadangan pembangunan program diploma eksekutif dalam bidang Ukur Bahan. Program ini dirangka khusus bagi meningkatkan tahap kemahiran dan kebolehpasaran graduan Diploma Ukur Bahan dari Pebbles Academy, melalui pendekatan kurikulum yang selari dengan kehendak industri semasa.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, News Hub UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Contributor Bakri, Anis Sazira UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > L Education (General) L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department |
| Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
| Page Range: | pp. 1-3 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Fakulti Alam Bina (FAB), Pebbles Academy Sri Lanka, Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
| Date: | July 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/136998 |
