Abstract
SHAH ALAM, 21 Julai 2025 – Universiti Teknologi MARA (UiTM) melakar satu lagi pencapaian dalam memperkukuh ekosistem digital negara apabila memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama PetroHorizon Sdn. Bhd. dalam satu majlis rasmi yang berlangsung di Hotel Concorde, Shah Alam. Kerjasama ini menandakan permulaan kolaborasi strategik dalam bidang kecerdasan buatan (AI), keselamatan siber, analitik data raya, kejuruteraan dan keusahawanan digital. Majlis menandatangani MoU disempurnakan oleh Naib Canselor UiTM, YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin dan Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif PetroHorizon, YBhg. Datuk Mohd Anuar Rosly. Turut hadir menyaksikan majlis bersejarah tersebut ialah Datin Jamaliah Azis, Pengarah Komersil PetroHorizon; PM Dr. Ts. Norjansalika Janom, Dekan Fakulti Sains Komputer dan Matematik UiTM serta barisan pengurusan kanan kedua-dua organisasi. MoU ini memberi fokus kepada pembangunan modul latihan dan perkhidmatan profesional untuk pemain industri petroleum dan gas serta membuka ruang eksplorasi ilmu, pertukaran teknologi dan pemerkasaan tenaga kerja digital. Ia turut menyediakan peluang latihan industri dan prospek kerjaya bagi pelajar serta membuka laluan kepada pensyarah UiTM untuk terlibat secara aktif dengan pihak industri dalam pelaksanaan kursus, penyelidikan dan latihan kemahiran.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, News Hub UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Contributor news, FSKM UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > L Education (General) L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department |
| Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
| Page Range: | pp. 1-3 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM), PetroHorizon Sdn. Bhd, Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
| Date: | July 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/136989 |
