UiTM dan Universitas Brawijaya meterai MoA perkukuh kerjasama akademik serantau

UiTM, News Hub (2025) UiTM dan Universitas Brawijaya meterai MoA perkukuh kerjasama akademik serantau. UiTM News Hub. pp. 1-3.
Abstract

SHAH ALAM, 7 Ogos 2025 – Universiti Teknologi MARA (UiTM) melalui Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP) telah melakar satu lagi pencapaian penting dalam usaha memperkukuh jaringan akademik serantau melalui Majlis Pertukaran Memorandum Perjanjian (MoA) bersama Universitas Brawijaya, Indonesia. Majlis bersejarah ini telah berlangsung di Ruang Legar Aras 7, Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, UiTM Shah Alam. Majlis pertukaran MoA ini menandakan permulaan rasmi kerjasama dua hala antara kedua-dua institusi dalam bidang pendidikan dan penyelidikan. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), YBrs. Prof. Dr. Mohd Sazili Shahibi; Dekan FSPPP, YBrs. Prof. Dr. Nor Hafizah Mohamed Harith; Dekan Fakulti Sains Sosial dan Politik Universitas Brawijaya, YBrs. Dr. Ahmad Imron Rozuli; serta Ketua Jabatan Sosiologi, YBrs. Prof. Dr. Ali Maksum.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 136987.pdf]
Text
136987.pdf
Download (548kB)
Indexing & Metrics