UiTM perkukuh jaringan global melalui pemeteraian lima MoU strategik sempena NAPESS 2025

UiTM, News Hub (2025) UiTM perkukuh jaringan global melalui pemeteraian lima MoU strategik sempena NAPESS 2025. UiTM News Hub. pp. 1-3.
Abstract

SHAH ALAM, 20 September 2025 – Universiti Teknologi MARA (UiTM) melalui Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR) terus memperkukuh kedudukannya di peringkat antarabangsa apabila berjaya memeterai lima Memorandum Persefahaman (MoU) bersama rakan industri dan akademia sempena NAPESS 1st Overseas International Conference 2025 yang berlangsung di UiTM Shah Alam. Majlis pemeteraian tersebut telah disaksikan oleh Pengarah Pusat Jaringan Industri dan Kerajaan (INC), Profesor Dr. Muhammad Hussain Ismail; Dekan FSR, Prof. Madya Dr. Raja Mohamed Firhad Raja Azidin; serta Penaung Utama NAPESS, Profesor Chinnappa Reddy. Antara organisasi yang menandatangani MoU bersama UiTM termasuklah National Association of Physical Education and Sports Science (NAPESS) yang diwakili oleh Presidennya, Profesor Dr. P. Ravikumar; syarikat nutrisi global Herbalife melalui Encik Steven Chin selaku Pengarah Kanan dan Pengurus Besar; serta Yakult yang diwakili oleh Encik Hiroki Yanase, Pengarah Urusan. Turut hadir ialah Encik Harry Zhang Hai Wei, Ketua Pegawai Eksekutif Chingmu, dan Ts. Muhamad Yazid Yahaya, Pengarah Urusan MY EduSoccer.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 136986.pdf]
Text
136986.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics