Abstract
MALANG, INDONESIA – 25 September 2025 – Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor terus memperkukuh kedudukannya di peringkat global melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universitas Negeri Malang (UM), Indonesia. Majlis penyerahan rasmi MoU telah berlangsung di Graha Rektorat UM, disempurnakan oleh YBrs. Profesor Dr. Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor kepada YBrs. Profesor Dr. Hariyono, Rektor Universitas Negeri Malang. MoU ini bertujuan memperluas jaringan kerjasama antarabangsa dalam bidang akademik, inovasi dan penyelidikan, serta membuka ruang kepada pertukaran pengetahuan, pengalaman dan sumber antara kedua-dua institusi. Perjanjian ini turut merangkumi pelaksanaan 11 projek penyelidikan melalui Skim Geran Sepadan (Matching Grant) UiTM–UM dengan nilai keseluruhan sebanyak RM590,000.00, hasil peruntukan bersama kedua-dua universiti.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, News Hub UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Contributor UiTM Cawangan Selangor, Unit Komunikasi Korporat UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > L Education (General) L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department |
| Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
| Page Range: | pp. 1-4 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | UiTM Cawangan Selangor, Universitas Negeri Malang (UM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
| Date: | September 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/136985 |
