FSK UiTM jalin kerjasama strategik dengan Universitas ‘Aisyiyah dan Airlangga

UiTM, News Hub (2025) FSK UiTM jalin kerjasama strategik dengan Universitas ‘Aisyiyah dan Airlangga. UiTM News Hub. pp. 1-3.
Abstract

Puncak Alam, Selangor, 1 November 2025 – Universiti Teknologi MARA (UiTM) melalui Pusat Pengajian Kejururawatan, Fakulti Sains Kesihatan (FSK) terus memperkukuh agenda pengantarabangsaan apabila berjaya melaksanakan Program Mobiliti Akademik dan Khidmat Komuniti bersama Universitas ‘Aisyiyah (UNISA) Yogyakarta dan Universitas Airlangga (UNAIR) Surabaya. Inisiatif ini bukan sekadar pertukaran pelajar, tetapi turut menggabungkan elemen ilmiah, budaya dan kesukarelawanan antara tiga institusi pendidikan tinggi rantau Nusantara. Program ini melibatkan tujuh pelajar dan empat pensyarah dari Indonesia, membuka ruang kolaborasi lebih luas dalam pengajaran, penyelidikan dan pembelajaran rentas budaya. Sepanjang keberadaan delegasi di UiTM, pelbagai aktiviti dijalankan termasuk sesi pengajaran kolaboratif bersama pensyarah kedua-dua universiti serta perbincangan strategik mengenai potensi kerjasama jangka panjang.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 136981.pdf]
Text
136981.pdf
Download (642kB)
Indexing & Metrics