UiTM perkukuh jaringan global bersama Aceteam Networks dan International Battery Center

UiTM, News Hub (2025) UiTM perkukuh jaringan global bersama Aceteam Networks dan International Battery Center. UiTM News Hub. pp. 1-3.
Abstract

Dengkil, 7 November 2025 – Universiti Teknologi MARA (UiTM) terus mengorak langkah sebagai institusi pendidikan tinggi terkemuka dengan memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Aceteam Networks Sdn. Bhd. dan Memorandum Persetujuan (MoA) bersama International Battery Center Sdn. Bhd. Majlis menandatangani perjanjian ini berlangsung di Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, UiTM Shah Alam, sekali gus menandakan komitmen universiti dalam memperkukuh jaringan strategik bersama pihak industri. Kerjasama ini bertujuan mewujudkan hubungan rasmi yang menyokong pelbagai inisiatif dalam bidang akademik, penyelidikan, pembangunan pelajar dan tanggungjawab sosial. Antara fokus utama ialah pelaksanaan program latihan industri, pertukaran ilmu, pembangunan tenaga boleh diperbaharui serta projek kebajikan antarabangsa yang memberi manfaat kepada pelajar, staf dan masyarakat setempat.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 136980.pdf]
Text
136980.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics