Abstract
Medan, Indonesia, 19 November 2025 – Tiga pensyarah kanan dari Unit Fizik, Pusat Asasi Universiti Teknologi MARA (UiTM) — En. Syazuan Abdul Latip, Dr. Siti Aisyah Zawawi dan Dr. Siti Rudhziah Che Balian — bersama Timbalan Pegawai Psikologi, En. Norhisham Yacob, telah dijemput sebagai keynote speaker dalam sebuah kuliah umum bertaraf antarabangsa anjuran Fakultas Teknik, Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU) pada 18 Oktober 2025. Kehadiran mereka sebagai wakil rasmi UiTM menandakan pengiktirafan terhadap kepakaran akademik institusi ini dalam bidang Sains dan Sains Sosial. Kuliah umum tersebut menghimpunkan pelajar, penyelidik dan ahli akademik pelbagai disiplin untuk mengikuti sesi perkongsian ilmu dalam bidang fizik, kejuruteraan dan psikologi. Setiap pembentangan menekankan isu kontemporari, perkembangan teknologi semasa serta pendekatan psikologi dalam meningkatkan kesejahteraan pelajar dan masyarakat. Program ini turut membuka ruang perbincangan mengenai potensi kolaborasi akademik rentas negara yang lebih strategik pada masa hadapan.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, News Hub UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Contributor Mohamad Jamil, Khaleda Alia UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > L Education (General) L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department |
| Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
| Page Range: | pp. 1-4 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Pusat Asasi UiTM, UiTM Cawangan Selangor Kampus Dengkil, Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU), Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
| Date: | November 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/136976 |
