Abstract
ACEH, 30 November 2025 – Kumpulan Penyelidik Green Safe Cities (GreSafe) dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak terus memperkasakan jaringan strategik di peringkat antarabangsa melalui penganjuran siri program akademik, penyelidikan dan kemasyarakatan bersama Universitas Syiah Kuala (USK) dan Universitas Al Muslim (Umuslim) di Aceh, Indonesia. Program yang berlangsung dari 22 hingga 26 November 2025 ini memberi tumpuan kepada kolaborasi akademik, pemindahan ilmu serta pembangunan komuniti setempat. Program ini merangkumi empat komponen utama, iaitu Lawatan Penanda Aras Kampus Hijau, Seminar Green Safe Cities, perbincangan geran penyelidikan antarabangsa, dan Program University Social Responsibility (USR). Setiap komponen dirangka bagi menyokong agenda kelestarian universiti serta memperluas jaringan kerjasama antara UiTM dan institusi pengajian tinggi di Aceh. Delegasi UiTM memulakan program melalui sesi penandaarasan di Greenmetric USK, yang memfokuskan kepada amalan pengurusan Kampus Hijau termasuk strategi pengurusan tenaga, mobiliti lestari, pengurangan karbon, pengurusan sisa dan air, pembuatan baja kompos, serta integrasi Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) dalam tadbir urus universiti. Perbincangan tersebut membuka peluang kepada pelan kerjasama penyelidikan bersama dan pembangunan bersama blueprint Kampus Hijau pada masa hadapan.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, News Hub UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Contributor Ismail, Sallehan UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > L Education (General) L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department |
| Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
| Page Range: | pp. 1-4 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | UiTM Cawangan Perak, Universitas Al Muslim (Umuslim), Universitas Syiah Kuala (USK), Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
| Date: | November 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/136975 |
