Abstract
Kunjungan Hormat Rajadhani Business School (RBS), Kerala, India merupakan satu program kolaborasi akademik dan jaringan antarabangsa yang bertujuan mengukuhkan hubungan strategik antara institusi pendidikan tinggi. Program ini menjadi platform untuk memperluaskan kerjasama dalam bidang pendidikan, penyelidikan, keusahawanan serta pembangunan modal insan melalui perkongsian ilmu, pengalaman dan amalan terbaik. Kunjungan ini turut membuka peluang kepada kedua-dua institusi untuk meneroka potensi kerjasama dalam program mobiliti, pertukaran akademik, pembangunan kurikulum dan aktiviti berimpak tinggi yang dapat memberi manfaat kepada pelajar serta warga akademik. Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh jaringan global dan meningkatkan kecemerlangan pendidikan di peringkat antarabangsa.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, MASMED UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Malaysian Academy of SME and Entrepreneurship Development (MASMED) |
| Journal or Publication Title: | Wacana PNC |
| Keywords: | MASMED, Wacana PNC, Salmiah Kasolang |
| Date: | 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/136911 |
