Abstract
Majlis Penutupan International Symposium on Business and Entrepreneurship (ISBE 1.0) diadakan bagi menandakan berakhirnya penganjuran simposium yang menghimpunkan ahli akademik, penyelidik, pelajar dan pengamal industri dalam bidang perniagaan serta keusahawanan. Program ini menjadi platform perkongsian ilmu, pengalaman dan idea inovatif melalui pembentangan, perbincangan ilmiah serta jaringan profesional yang merentasi institusi dan negara. Simposium ini bertujuan memperkukuh budaya penyelidikan, memperluaskan kolaborasi akademik dan industri, serta meningkatkan kefahaman peserta terhadap perkembangan semasa dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. Penganjuran ISBE 1.0 mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasa kecemerlangan akademik, inovasi dan pembangunan ekosistem keusahawanan yang mampan di peringkat nasional dan antarabangsa.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, MASMED UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Malaysian Academy of SME and Entrepreneurship Development (MASMED) |
| Journal or Publication Title: | Wacana PNC |
| Keywords: | MASMED, Wacana PNC, Salmiah Kasolang |
| Date: | 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/136906 |
