Oh! pandemik Covid-19. masihkah ada peluang?

UiTM Kelantan, MASMED (2022) Oh! pandemik Covid-19. masihkah ada peluang? Bulletin. Malaysian Academy of SME and Entrepreneurship Development (MASMED), Shah Alam.

Abstract

Aktiviti pemasaran merupakan tunjang utama dalam memastikan produk yang dihasilkan oleh usahawan berupaya sampai ke tangan pengguna. Namun begitu, sepanjang aktiviti pemasaran ini berlangsung, ia juga tidak dapat lari dari situasi mahupun tekanan yang berpunca daripada kesan perubahan persekitaran luaran pemasaran yang tidak diduga. Keadaan sebegini dapat dikaitkan dengan situasi semasa penularan pandemik COVID-19 yang bertitik mula pada bulan Mac 2020 yang lalu. Pandemik ini telah menyerang serta melumpuhkan sebahagian besar sistem ekonomi di Malaysia sedikit demi sedikit. Senario pandemik COVID-19 sememangnya mencetus perubahan radikal pada landskap persekitaran pemasaran sama ada di peringkat tempatan mahupun global. Rata-rata usahawan tempatan mengeluh akan nasib mereka yang sudah tidak mampu memikul bebanan kerugian disebabkan kesan pandemik COVID-19 ini. Sorotan demi sorotan kisah duka usahawan kita menempuh cabaran perniagaan dikala COVID-19 menyerang negara serta seluruh dunia. Ada diantara mereka yang terpaksa menanggung kerugian sehingga puluhan malah ratusan ribu ringgit akibat kesan daripada keadaan tersebut.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
UiTM Kelantan, MASMED
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AC Collections. Series. Collected works
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Malaysian Academy of SME and Entrepreneurship Development (MASMED)
Keywords: MASMED, Jom Nego, UiTM Kelantan
Date: 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/136868
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 136868.pdf] Text
136868.pdf

Download (1MB)

ID Number

136868

Indexing

Statistic

Statistic details