Hubungan penguasaan kefahaman Al-Quran berdasarkan prestasi hafazan pelajar tahfiz

Mothar Rijan, Mohd Hakim (2025) Hubungan penguasaan kefahaman Al-Quran berdasarkan prestasi hafazan pelajar tahfiz. PhD thesis, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Abstract

Pendidikan tahfiz merupakan salah satu aliran pendidikan yang mendapat sambutan yang tinggi dalam kalangan masyarakat Malaysia. Terdapat pelbagai kaedah hafazan yang dipraktikkan oleh pelajar dalam menghafaz al-Quran. Kefahaman terhadap ayat merupakan salah satu kaedah dalam menghafaz al-Quran. Ia merupakan tuntutan penting dalam menterjemahkan pegangan dan pengamalan al-Quran dalam kehidupan. Walau bagaimanapun, kaedah pembelajaran yang diamalkan di institusi tahfiz dilihat tertumpu kepada hafazan sahaja dan kurang memberi perhatian terhadap pemahaman ayat-ayat al-Quran. Kajian ini bertujuan mengenalpasti hubungan penguasaan kefahaman al-Quran berdasarkan prestasi hafazan pelajar tahfiz. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti pengamalan kaedah hafazan dan tahap penguasaan kefahaman alQuran dalam kalangan pelajar tahfiz. Kajian juga menganalisis hubungan dan pengaruh kefahaman al-Quran terhadap prestasi hafazan pelajar. Kajian menggunakan metod kuantitatif dengan melaksanakan tinjauan terhadap sampel seramai 352 orang pelajar peringkat Diploma di 3 buah institusi tahfiz zon selatan Malaysia. Edaran soal selidik serta pengumpulan data prestasi peperiksaan akhir pelajar dilaksanakan dalam kajian ini. Dapatan kajian dianalisis secara deskriptif menggunakan Pakej Statistik Sains Sosial (SPSS) versi 29. Seterusnya dapatan dianalisis menggunakan analisis inferensi bagi melihat hubungan serta regresi bagi melihat pengaruh antara pembolehubah. Hasil kajian mendapati kaedah hafazan yang dilaksanakan adalah pada tahap yang tinggi dengan purata (min=4.005). Bagi kaedah kefahaman ayat dalam menghafaz adalah pada tahap sederhana dengan min antara (min=3.56) hingga (min=3.88).

Metadata

Item Type: Thesis (PhD)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mothar Rijan, Mohd Hakim
2020258988
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Yakob, Mohd Asmadi
UNSPECIFIED
Thesis advisor
Ali Hasan, Ahmad Rozaini
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General)
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Programme: Doktor Falsafah (Pengajian Islam Kontemporari)
Keywords: Kefahaman Al-Quran, Prestasi hafazan, Pelajar tahfiz
Date: 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/136823
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 136823.pdf] Text
136823.pdf

Download (244kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

136823

Indexing

Statistic

Statistic details