Abstract
Kajian ini dijalankan bagi meneliti keberkesanan sistem muraja’ah hafazan al-Quran bagi pelajar Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Zon Utara. Tiga objektif utama ialah mengenal pasti sistem muraja’ah yang diaplikasikan oleh pelajar; mengenal pasti permasalahan dalam pelaksanaan sistem muraja’ah; dan menilai keberkesanan sistem tersebut terhadap tahap pencapaian hafazan pelajar. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif berbentuk tinjauan iaitu borang soal selidik berasaskan skala Likert lima mata yang merangkumi empat konstruk - kefahaman, penghayatan, persediaan, dan adab dalam muraja’ah. Seramai 148 orang pelajar Tahfiz TMUA telah dipilih sebagai sampel kajian melalui kaedah persampelan bertujuan. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif melibatkan nilai min, sisihan piawai dan ujian inferensi. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar TMUA mengamalkan sistem muraja’ah yang positif dengan tahap pelaksanaan yang tinggi dalam semua aspek. Namun, terdapat kelemahan dalam pelaksanaan tertentu seperti penglibatan guru dalam sesi tasmik awal dan pengamalan penghayatan secara reflektif terhadap kandungan ayat. Dapatan menunjukkan bahawa keberkesanan sistem muraja’ah dipengaruhi oleh faktor guru, tahap khatam hafazan dan struktur bimbingan sekolah. Kajian ini mencadangkan satu modul muraja’ah berstruktur diperkenalkan di peringkat nasional, penyediaan latihan berkala kepada guru tahfiz serta pewujudan sistem pemantauan muraja’ah yang sistematik. Keseluruhannya, kajian ini memberikan sumbangan bermakna dalam memahami dinamika muraja’ah.
Metadata
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Shafiai, Khairul Azami 2020406938 |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Ali Hasan, Ahmad Rozaini UNSPECIFIED Thesis advisor Mohd Noor, Ahmad Firdaus UNSPECIFIED |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General) B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
| Programme: | Sarjana Pengajian Islam Kontemporari |
| Keywords: | Muraja’ah, hafazan al-Quran, TMUA, Pendidikan tahfiz, Kefahaman, Penghayatan, Persediaan, Adab. |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/136753 |
Download
136753.pdf
Download (245kB)
Digital Copy
Physical Copy
ID Number
136753
Indexing
