Kefahaman ayat-ayat berkaitan kejuruteraan dalam Al-Quran: kajian terhadap pelajar kejuruteraan di UTM

Alpandi, Amni Haslinda (2025) Kefahaman ayat-ayat berkaitan kejuruteraan dalam Al-Quran: kajian terhadap pelajar kejuruteraan di UTM. Masters thesis, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Abstract

Serangan pemikiran (ghzwat alfikr) dan penyebaran sekularisme melalui pendidikan telah mengakibatkan banyak sekatan pengajian agama Islam secara moral dan material dalam bidang kejuruteraan. Ketiadaan integrasi antara ilmu kejuruteraan dan al-Qurān turut menyumbang kepada masyarakat yang jauh hubungannya dengan Maha Pencipta. Tambahan pula, kajian berkaitan kefahaman pelajar kejuruteraan terhadap ayat-ayat al-Qurān berkaitan kejuruteraan masih terhad. Justeru, kajian ini diusahakan bagi mengenalpasti sebahagian ayat-ayat berkaitan kejuruteraan yang terdapat di dalam al-Qurān, mengkaji tahap kefahaman pelajar kejuruteraan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terhadap ayat-ayat al-Qurān berkenaan dan menganalisis kesan kefahaman ayat-ayat al-Qurān tersebut dalam pengamalan kehidupan seharian mereka. Kajian perpustakaan digunakan bagi menjawab objektif pertama kajian dengan merujuk kepada tafsīr fī ẓilāl al-Qurān, tafsīr Ibn kathīr dan tafsīr Mafātīḥ al-Ghayb. Selain itu, kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan instrumen temubual separa struktur bagi menjawab objektif kedua dan ketiga. Pemilihan kaedah kualitatif untuk mengkaji tahap kefahaman pelajar kejuruteraan di UTM terhadap ayat-ayat al-Qurān berkaitan kejuruteraan dan kesannya dalam pengamalan kehidupan seharian mereka adalah bagi memastikan kajian ini dapat dijalankan secara mendalam sehingga mencapai objektif kajian. Dapatan kajian dianalisis menggunakan metod analisis tematik melalui perisian ATLAS.ti. Hasil kajian daripada sesi temubual mendapati bahawa tahap kefahaman pelajar kejuruteraan di UTM terhadap ayat-ayat al-Qurān berkaitan kejuruteraan adalah baik terutama bagi responden yang memiliki pencapaian akademik cemerlang. Kajian juga mendapati bahawa 73.33% responden memahami intipati sebenar ayat-ayat al-Qurān berkaitan kejuruteraan dan telah memberi kesan yang baik dalam pengamalan kehidupan seharian mereka.

Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Alpandi, Amni Haslinda
2021481814
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Ali, Nurul Badriyah
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General)
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Programme: Sarjana Pengajian Islam Kontemporari
Keywords: Kejuruteraan dalam Al-Quran, Pelajar kejuruteraan, Kefahaman ayat.
Date: 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/136739
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 136739.pdf] Text
136739.pdf

Download (320kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

136739

Indexing

Statistic

Statistic details