Kit JAJUTA

Razali, Muhammad Taufiq and Md Ali, Masturah (2023) Kit JAJUTA. APS Proceedings, 2 (1): 11. pp. 56-64. ISSN 003428568-X

Official URL: https://www.researchgate.net/publication/366739141...

Abstract

Kemahiran menukar nombor dalam perpuluhan juta dan pecahan juta telah diperkenalkan kepada murid 6 UPM semasa sesi PdPC pada Mac 2022. Berdasarkan sesi soal jawab secara lisan dan semakan latihan bertulis yang diberikan, 10 orang murid kelas ini telah dikenalpasti berada pada tahap penguasaan yang agak lemah dalam menguasai kemahiran ini. Rumusan pencapaian awal murid hanya mencatatkan purata skor 3.9 markah daripada 10. Tindakan susulan melalui sesi bimbingan berfokus dengan bahan bantu belajar khas dikenalpasti sebagai salah satu langkah untuk membantu kumpulan murid ini. Kit JAJUTA (jadual juta) merupakan bahan bantu belajar yang direka khas untuk membantu meningkatkan kemahiran menukar pecahan juta dan perpuluhan juta kepada nombor bulat yang dipelajari berdasarkan standard pembelajaran 1.1.5, Dokumen Standard Kurikulum & Pentaksiran (DSKP) KSSR Matematik Tahun 6. Di samping itu, kit ini juga turut membantu murid menguasai standard pembelajaran 1.1.3 dan 1.1.4 untuk membaca, menyebut dan menulis sebarang nombor hingga 10 000 000 dalam pecahan juta dan perpuluhan juta dengan lebih mudah, berkesan, betul dan tepat. Sesi bimbingan berfokus dengan berbantu Kit JAJUTA ini telah berlangsung selama 4 sesi sehingga murid-murid kumpulan rintis ini mahir menggunakannya dengan seliaan khas oleh guru. Pencapaian akhir 10 orang murid ini telah mencatatkan purata skor 9.8 markah daripada 10 dengan peningkatan purata sebanyak 5.9 markah. Dapat dirumuskan bahawa penggunaan kit JAJUTA telah meningkatkan penguasaan murid untuk menukar perpuluhan juta serta pecahan juta kepada nombor bulat dan sebaliknya dengan lebih baik.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Razali, Muhammad Taufiq
taufiq_razali87@yahoo.com
Md Ali, Masturah
masturah.fiq@gmail.com
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Remedial teaching
Q Science > QA Mathematics > Study and teaching > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management
Journal or Publication Title: APS Proceedings
ISSN: 003428568-X
Volume: 2
Number: 1
Page Range: pp. 56-64
Keywords: Fractions, Mathematical readiness, Place value (mathematics)
Date: 5 January 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/136726
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 136726.pdf] Text
136726.pdf

Download (1MB)

ID Number

136726

Indexing

Statistic

Statistic details