Abstract
Pendekatan Teaching Games for Understanding (TGfU) ialah satu pendekatan pengajaran permainan yang bertujuan menjana kefahaman murid yang lebih menyeluruh dalam semua aspek permainan. TGfU ialah satu pendekatan pengajaran holistik dalam Pendidikan Jasmani yang berpusatkan murid dan penyelesaian masalah (DSKP Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 5, 2017). Oleh yang demikian, Bulat Hora Hore telah diperkenalkan untuk memudahkan guru-guru terutamanya di Sekolah Kurang Murid (SKM) mengajar kemahiran asas dalam Pendidikan Jasmani yang merangkumi tiga kategori bidang kemahiran asas permainan. Tiga kategori kemahiran asas permainan ialah kategori serangan, kategori jaring serta kategori pukul dan memadang. Bulat Hora Hore adalah satu ciptaan alat yang terdiri daripada kaki (tripod) dan gelung yang boleh dilaras kedudukannya. Bagi sekolah SKM, kelengkapan semua alatan bagi satu-satu kemahiran sukar dipenuhi. Oleh itu, diharapkan Bulat Hora Hore dapat membantu guru menerangkan dan mengajar kemahiran dengan lebih baik dan berstruktur.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Abu Bakar, Norazah azah8785@gmail.com Faizul, Nur Aleesya Sofea UNSPECIFIED |
| Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation. Leisure > Physical education and training. Physical fitness > Malaysia L Education > LB Theory and practice of education > Teaching (Principles and practice) > Teaching aids and devices |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management |
| Journal or Publication Title: | APS Proceedings |
| ISSN: | 003428568-X |
| Volume: | 2 |
| Number: | 1 |
| Page Range: | pp. 39-55 |
| Keywords: | Games, Physical education and training, Physical education apparatus and equipment |
| Date: | 5 January 2023 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/136725 |
