IQCA GAME

Ambang, Andie Anak (2023) IQCA GAME. APS Proceedings, 2 (1): 8. pp. 32-34. ISSN 003428568-X
Abstract

Projek inovasi IQCA GAME merupakan satu kit permainan pdpc yang mengandungi pelbagai soalan yang berkaitan dengan topik pembelajaran dalam Pendidikan Moral Tingkatan 5. IQCA GAME ini adalah dalam bentuk permainan secara individu mahupun berkumpulan. Permainan IQCA GAME ini adalah bertujuan untuk mengubah gaya pembelajaran dan meningkatkan tahap penguasaan isi pembelajaran yang diajar dalam topik Pendidikan Moral terutamanya untuk meningkatkan kemahiran kognitif dan penguasaan pelajar dalam menjawab soalan respons terhad iaitu soalan struktur dalam Bahagian A. Penggunaan IQCA GAME adalah untuk mewujudkan pdpc yang menarik dan menyeronokkan. Permainan ini sangat sesuai digunakan untuk sesi ulang kaji mata pelajaran Pendidikan Moral dan secara tidak langsung pelajar itu sendiri dapat menilai tahap penguasaan mereka dalam penaakulan moral serta dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dan keyakinan pelajar.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 136723.pdf]
Text
136723.pdf
Download (699kB)
Indexing & Metrics