Abstract
Dalam komuniti penulis, ramai yang berupaya menulis pelbagai genre setelah meneliti dan mempelajari kemahiran menghasilkan genre tersebut. Namun, cabaran besar dalam kalangan penulis adalah memastikan konsistensi menulis. Ini kerana, tidak semua penulis adalah penulis sepenuh masa. Ramai dalam kalangan penulis yang juga mempunyai pekerjaan hakiki yang lain. Maka, membantu penulis untuk menghasilkan penulisan secara konsisten adalah sangat penting. Projek ini mengemukakan poster interaktif yang menggunakan kekuatan kata-kata hikmah dan teori akademik daripada bidang psikologi sebagai alat utama untuk memotivasi penulis untuk kekal konsisten dalam menghasilkan penulisan. Poster ini berbentuk digital, boleh dicetak oleh penulis dan mempunyai penerangan terhadap beberapa aspek melalui audio dengan scan QR code. Poster ini boleh dijual dalam bentuk digital dengan harga yang murah, dan berpotensi mencapai ramai penulis dan dimanfaatkan.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Othman, Siti Suriani suriani@usim.edu.my |
| Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Authorship. Authors > Technique. Literary composition, etc. Q Science > QA Mathematics > Instruments and machines > Electronic Computers. Computer Science > Computer software > Application software |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management |
| Journal or Publication Title: | APS Proceedings |
| ISSN: | 003428568-X |
| Volume: | 2 |
| Number: | 1 |
| Page Range: | pp. 7-11 |
| Keywords: | Authorship, Interactive posters, Time management for authors |
| Date: | 5 January 2023 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/136718 |
