Artikel ini menilai status epistemologi pengetahuan kolonial tentang masyarakat Melayu di Tanah Melayu dengan menumpukan kepada representasi fizikal, budaya, dan psikologi dalam rekod kolonial serta pengaruhnya terhadap historiografi dan institusi memori. Kajian menggunakan analisis literatur kualitatif berteraskan perspektif pascakolonial dan epistemologi Islam bagi menilai sifat diskursif pengetahuan kolonial dan konstruk psikologi yang diinstitusikan dalam tradisi akademik moden. Dapatan menunjukkan bahawa pengetahuan kolonial terbentuk dalam kerangka kuasa penjajahan dan tidak bersifat neutral sepenuhnya, sebaliknya mengandungi klasifikasi etnografi dan stereotaip budaya yang reduksionis. Dominasi rekod kolonial dalam historiografi Malaysia berkait dengan struktur arkib kolonial yang sistematik, autoriti epistemik Barat, dan keterbatasan akses kepada sumber watan seperti manuskrip Melayu dan teks hukum tradisional. Walau bagaimanapun, perspektif pascakolonial Islam tidak menolak secara mutlak karya sarjana kolonial, sebaliknya menekankan tapisan epistemologi yang kritis, kontekstual, dan selektif. Kajian ini merumuskan bahawa rekod kolonial masih bernilai sebagai data empirikal sejarah, tetapi tidak boleh dianggap sebagai autoriti epistemik mutlak. Oleh itu, dekolonisasi ilmu sejarah Tanah Melayu perlu dilaksanakan secara seimbang melalui integrasi sumber kolonial dan sumber tempatan bagi membina historiografi yang lebih adil, kontekstual, dan selaras dengan epistemologi watan serta tradisi keilmuan Islam.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Abd Jalal, Ahmad Farid farid.muziumpahang@gmail.com Awang Pawi, Awang Azman awangazman@um.edu.my Abd Rahim, Rahimin Affandi faqirilarabbih@um.edu.my |
| Subjects: | D History General and Old World > DS History of Asia > Southeast Asia > Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements J Political Science > JV Colonies and colonization. Emigration and immigration. International migration |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak |
| Journal or Publication Title: | Islamic Journal of Cultural Studies |
| UiTM Journal Collections: | UiTM Journals > Islamic Journal of Cultural Studies (IJCS) |
| ISSN: | 3120-3914 |
| Volume: | 2 |
| Number: | 1 |
| Page Range: | pp. 74-94 |
| Keywords: | Kolonial, Historiografi, Dekolonisasi ilmu |
| Date: | March 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/136654 |
136654.pdf
