Krisis minat terhadap sains: implikasi masa depan pendidikan & pembangunan negara

UiTM, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) (2025) Krisis minat terhadap sains: implikasi masa depan pendidikan & pembangunan negara. Bulletin. UiTM, Shah Alam.

Abstract

Sains bukan sekadar subjek di bilik darjah, tetapi nadi kepada kemajuan tamadun manusia. Ia menjadi tunjang kepada pembangunan teknologi, kesihatan, ekonomi dan kelestarian alam sekitar. Melalui Sains, manusia mampu memahami fenomena alam, merungkai misteri kehidupan dan mencipta pelbagai inovasi daripada rawatan penyakit, sistem pengangkutan moden hinggalah kepada penggunaan tenaga boleh diperbaharui. Malah, Sains membekalkan masyarakat dengan asas bukti dalam membuat keputusan berkaitan isu global seperti perubahan iklim, keselamatan makanan dan pengurusan sumber semula jadi. Justeru, penguasaan Sains bukan sahaja penting untuk manfaat individu, tetapi juga kritikal bagi memastikan kemajuan dan kelangsungan masa depan masyarakat sejagat. Kita sering melaungkan kepentingan Sains, namun sejauh mana kita benar-benar mengambil serius usaha membudayakannya sejak awal usia? Sains bukan sekadar menghafal formula atau lulus peperiksaan, ia membentuk cara berfikir yang kritikal, logik dan analitik. Malangnya, sistem pendidikan kita masih terlalu sibuk mengejar gred hingga gagal melatih pelajar untuk berfikir secara mendalam atau mempersoal fakta. Dalam dunia moden yang penuh ketidakpastian, kemahiran saintifik seperti memahami hubungan sebab-akibat dan menyelesaikan masalah secara sistematik bukan lagi pilihan, ia keperluan.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
UiTM, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
H Social Sciences > H Social Sciences (General) > Research
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Vice Chancellor Office > Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)
Journal or Publication Title: Research News: Research & Innovation UiTM
ISSN: 3030-5039
Keywords: Research News, JPI, TNCPI, UiTM
Date: June 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/136603
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 136603.pdf] Text
136603.pdf

Download (3MB)

ID Number

136603

Indexing

Statistic

Statistic details