iROViS UiTM memperkasakan kajian penyakit dan tingkah laku melalui model zebrafish

UiTM, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) (2025) iROViS UiTM memperkasakan kajian penyakit dan tingkah laku melalui model zebrafish. Bulletin. UiTM, Shah Alam.

Abstract

Puncak Alam – Model ikan zebrafish membuka lembaran baharu dalam penyelidikan translasi penyakit dan tingkah laku di Universiti Teknologi MARA (UiTM) apabila Pusat Penyelidikan Optometri dan Sains Visual (iROViS) menganjurkan bengkel berimpak tinggi kepada penyelidik dan pelajar pascasiswazah. Penganjuran Bengkel Zebrafish oleh iROViS, Fakulti Sains Kesihatan (FSK), UiTM Cawangan Selangor baru-baru ini merupakan inisiatif untuk memperkukuh kapasiti penyelidik dan pelajar pascasiswazah dalam penerokaan kaedah penyelidikan dengan menggunakan model haiwan akuatik tersebut. Bengkel ini telah dilaksanakan secara bersemuka di Postgraduate Lounge FSK1.5 dan Makmal Penyelidikan RIG dengan kerjasama Jabatan Sains Asas (JSA), pihak Pengurusan Makmal FSK serta Danio Assay Laboratory Sdn. Bhd. Bengkel yang dihadiri oleh 25 orang peserta terdiri daripada penyelidik FSK, kakitangan makmal dan pelajar pascasiswazah yang mempunyai komitmen serta minat yang tinggi terhadap pemantapan kemahiran penyelidikan berasaskan zebrafish. Bengkel ini dirangka bagi membolehkan peserta memahami teknik pemeliharaan ikan zebrafish secara sistematik dalam persekitaran makmal, termasuklah pengurusan parameter air, penjagaan embrio serta pelaksanaan ujian toksikologi secara beretika.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
UiTM, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
H Social Sciences > H Social Sciences (General) > Research
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Vice Chancellor Office > Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)
Journal or Publication Title: Research News: Research & Innovation UiTM
ISSN: 3030-5039
Keywords: Research News, JPI, TNCPI, UiTM
Date: June 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/136599
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 136599.pdf] Text
136599.pdf

Download (3MB)

ID Number

136599

Indexing

Statistic

Statistic details