Tanggungjawab sosial korporat (CSR) merupakan salah satu peranan yang diberikan kepada universiti dalam menyumbang kepakaran, idea dan tenaga untuk memenuhi keperluan dan kesejahteraan masyarakat setempat. Antara bentuk pelaksanaan yang boleh dilaksanakan ialah dengan menumpukan aspek pembangunan sahsiah dan kendiri. Ini memandangkan realiti kehidupan masa kini semakin mencabar dan memerlukan motivasi yang tinggi dalam membentuk keperibadian yang ideal. Justeru itu, satu usaha khidmat masyarakat berbentuk program motivasi telah dilaksanakan bersama Persatuan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah, Parit, Perak. Objektif program ini adalah untuk memberikan sokongan moral, motivasi, dan bimbingan kepada anak-anak yatim dan miskin yang menjadi penghuni rumah kebajikan tersebut. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menumpukan kepada analisis dokumen, temu bual dan observasi. Data-data yang diperolehi akan dianalisis secara deskriptif dalam menjelaskan dapatan daripada kajian yang dilaksanakan. Hasil kajian ini mendapati bahawa anak-anak yatim dan miskin di al-Munirah mendapat impak yang positif daripada aktiviti yang dijalankan di dalam program tersebut. Mereka telah memberikan komitmen yang baik di dalam aktiviti berkumpulan, keyakinan komunikasi, pembangunan rohani, permainan interaktif dan latihan-latihan kendiri serta praktikal yang dibimbing oleh para fasilitator. Kesimpulannya, program ini dilihat dapat memberikan kesejahteraan emosi dan sosial kepada anak-anak yatim dan miskin serta memupuk semangat kesukarelawanan dalam aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) terhadap masyarakat.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Zainal Abidin, Mohd Zahirwan Halim 2014620806 Hassan, Paiz paiz4186@uitm.edu.my Yusof @ Salleh, Muhammad Yusri yusri613@uitm.edu.my Mohd Yaacob, Hamdi Rahman hamdi105@uitm.edu.my Mohamed Noh, Abd Munir abdmu409@uitm.edu.my Abd Razak, Muhd Imran imranrazak@uitm.edu.my Rosli, Mohd Hafiz UNSPECIFIED |
| Subjects: | H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > Protection, assistance and relief L Education > LC Special aspects of education > Education and globalization. Education and society |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak |
| Journal or Publication Title: | Islamic Journal of Cultural Studies |
| UiTM Journal Collections: | UiTM Journals > Islamic Journal of Cultural Studies (IJCS) |
| ISSN: | 3120-3914 |
| Volume: | 2 |
| Number: | 1 |
| Page Range: | pp. 9-17 |
| Keywords: | CSR, Motivasi, Yatim, Miskin, Al-Munirah |
| Date: | March 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/136282 |
136282.pdf
