Seketika di lorong sempit

Mohd Amin, Noraziah (2026) Seketika di lorong sempit. Bulletin. Academy of Language Studies, UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Abstract

Di celahan lorong yang sempit
ia dihimpit, dikepit, diapit panas dan melekit
terasa sesak dengan udara yang sedikit
bagaikan dicengkam, dicekik
ia terus tersepit tanpa ada peluang keluar menyelit.

Setelah lama ia disimpan tidak terusik
padat, sendat dalam corong mengepit
tersekat, terlekat pada dinding menghimpit
tibalah saat yang menuntut rasa sakit
ketika dikeluarkan terasa sulit
bagaikan dirinya dibelit-belit umpama dirinya dihenyak diterbalik
di lorong sempit, ia sendirian memekik!

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 136165.pdf]
Text
136165.pdf
Download (5MB)
Indexing & Metrics