Roaming Rangers @ Zoo Taiping: Misi Bersih Demi Kelestarian

Affendy Lee, Noor Azli and Rozli @Rosli, Mohd Ikmal Fazlan (2026) Roaming Rangers @ Zoo Taiping: Misi Bersih Demi Kelestarian. Bulletin. Academy of Language Studies, UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Abstract

Kelab Penyayang UiTM Cawangan Pulau Pinang telah mengadakan program CSR, Roaming Rangers di Zoo Taiping pada 22 November 2025 bertempat di Zoo Taiping & Night Safari, Taiping, Perak. Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif khidmat masyarakat yang memberi fokus kepada kelestarian alam sekitar, di samping membuka peluang kepada pelajar merasai pengalaman sukarelawan di lokasi yang berkait rapat dengan konservasi dan pendidikan alam sekitar.
Aktiviti bermula seawal pagi dengan pergerakan dari kampus ke Zoo Taiping, diikuti taklimat ringkas berkaitan gerak kerja dan keselamatan oleh wakil pihak zoo. Para peserta kemudian menjalankan gotong-royong pembersihan mengikut zon yang ditetapkan, termasuk laluan pejalan kaki, kawasan sekitar pagar, sudut landskap, serta kawasan berhampiran papan maklumat. Selepas rehat tengah hari, program diteruskan dengan sesi santai para peserta untuk membolehkan mereka menjelajahi dan menikmati suasana zoo bersama rakan sebaya. Program diakhiri dengan sesi bergambar dan persiapan pulang.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 136024.pdf]
Text
136024.pdf
Download (5MB)
Indexing & Metrics