SHINE 2025: mural hidupan marin ceriakan Sekolah Sinar Harapan

Affendy Lee, Noor Azli and Razali, Wan Noorli (2026) SHINE 2025: mural hidupan marin ceriakan Sekolah Sinar Harapan. Bulletin. Academy of Language Studies, UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Abstract

Kelab Penyayang UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menjalankan satu aktiviti kolaborasi bersama Sekolah Sinar Harapan, Bukit Mertajam bagi menceriakan serta menaik taraf beberapa ruang utama sekolah melalui aktiviti mengecat dan penghasilan mural.
Program ini berlangsung pada 25 Oktober 2025 dan 1 November 2025 di Sekolah Sinar Harapan, Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Fokus utama aktiviti ialah mengecat semula kawasan terpilih seperti laluan, ruang aktiviti dan beberapa bahagian yang memerlukan sentuhan baharu, selain menghasilkan mural bertema hidupan marin dan alam sekitar pada dinding kawasan kolam renang sekolah.
Sepanjang pelaksanaan, ahli dan sukarelawan terlibat dalam beberapa fasa kerja - bermula dengan taklimat ringkas dan semakan kawasan sasaran, pembersihan permukaan, kerja asas (tampalan dan lapisan cat awal), melakar reka bentuk mural, sehinggalah proses mewarna, melakukan kemasan akhir dan pembersihan kawasan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 136021.pdf]
Text
136021.pdf
Download (5MB)
Indexing & Metrics