Jerayawara USR: Penyayang–USAS menyantuni anak yatim & asnaf Yayasan Amanah An-Nur Maisarah

Affendy Lee, Noor Azli (2026) Jerayawara USR: Penyayang–USAS menyantuni anak yatim & asnaf Yayasan Amanah An-Nur Maisarah. Bulletin. Academy of Language Studies, UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Abstract

Kelab Penyayang UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menjalankan khidmat masyarakat melalui program Jerayawara USR Penyayang ke USAS Perak pada 23 November 2025 di Yayasan Amanah An-Nur Maisarah, Chemor, Perak. Program ini dilaksanakan bersama rakan kolaborasi Kelab Penyayang Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) dengan fokus utama menyantuni anak-anak yatim dan asnaf melalui aktiviti bimbingan santai serta hibur-didik. Seawal jam 9 pagi hari Ahad, rombongan tiba dan memulakan program dengan taklimat ringkas bersama pihak yayasan. Aktiviti diteruskan dengan sesi suai-kenal dan permainan komunikasi untuk membina keyakinan diri. Antara pengisian yang menarik termasuk modul dalam kumpulan seperti mewarna kreatif, permainan bahasa, aktiviti belon untuk ekspresi emosi, serta permainan berpasukan di kawasan lapang yang menekankan kerjasama dan kepimpinan. Program diakhiri dengan penyampaian hadiah cenderamata kepada wakil yayasan dan Kelab Penyayang USAS, sesi bergambar dan penutup.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 136017.pdf]
Text
136017.pdf
Download (5MB)
Indexing & Metrics