Hubungan di antara talaqqī dan musyāfahah terhadap pencapaian hafazan al-Quran dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tahfiz Ulul Albab Zon Utara

Abdul Rasid, Muhammad (2026) Hubungan di antara talaqqī dan musyāfahah terhadap pencapaian hafazan al-Quran dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tahfiz Ulul Albab Zon Utara. Masters thesis, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Abstract

Kaedah talaqqī dan musyāfahah merupakan pendekatan tradisional yang telah diamalkan sejak zaman Rasulullah s.a.w dalam proses menghafaz dan memelihara ketulenan al-Quran. Namun begitu, dalam konteks pendidikan Tahfiz masa kini, antara isu utama yang dikenal pasti ialah kesukaran pelajar untuk mengekalkan kualiti hafazan yang telah dipelajari. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti kaedah hafazan yang diamalkan oleh pelajar, menganalisis perbezaan signifikan berdasarkan faktor demografi, dan menilai hubungan antara amalan talaqqī serta musyāfahah dengan pencapaian hafazan al-Quran. Kajian ini melibatkan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tahfiz Model Ulul Albab Zon Utara. Pendekatan kuantitatif digunakan melalui soal selidik yang dibangunkan bagi menilai tahap amalan hafazan serta prestasi pencapaian pelajar. Hasil dapatan menunjukkan bahawa amalan talaqqī dan musyāfahah melibatkan empat aspek utama, iaitu membaca, menghafaz, menulis dan mengulang hafazan terutama pada waktu malam. Analisis korelasi Spearman Rho menunjukkan hubungan signifikan antara keempat-empat aspek tersebut dengan pencapaian hafazan (r=.419, p<.05), seterusnya menolak hipotesis nol dan menerima hipotesis penyelidikan bagi setiap pasangan pemboleh ubah. Selain itu, analisis juga menunjukkan tiada perbezaan signifikan antara jantina dalam penguasaan kaedah ini, menggambarkan bahawa kedua-dua pelajar lelaki dan perempuan dapat mengaplikasikannya secara efektif. Secara keseluruhan, kajian ini memberikan implikasi penting dalam memperkukuh strategi pengajaran dan pembelajaran hafazan al-Quran di SMKA Tahfiz Model Ulul Albab serta menjadi asas kepada penyelidikan lanjutan dalam bidang pendidikan Tahfiz

Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdul Rasid, Muhammad
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Ali Hasan, Ahmad Rozaini
UNSPECIFIED
Thesis advisor
Zainal Abidin, Mohd Zahirwan Halim
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and culture
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic sociology
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Programme: Master in Contemporary Islamic Studies
Keywords: Talaqqī, Musyāfahah, Hafazan al-Quran, Tahfiz Model Ulul Albab, SMKA, Pencapaian pelajar, Pendidikan Islam, Pendidikan tradisional, Korelasi Spearman Rho, Ulul Albab
Date: January 2026
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/135928
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 135928.pdf] Text
135928.pdf

Download (390kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

135928

Indexing

Statistic

Statistic details