Kerangka penyampaian dakwah nelayan pantai negeri Perak Darul Ridzuan

Isahak, Ideris (2026) Kerangka penyampaian dakwah nelayan pantai negeri Perak Darul Ridzuan. Masters thesis, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Abstract

Dakwah adalah satu tanggungjawab setiap Muslim dan sebahagian daripada tuntutan agama Islam. Pelbagai definisi dakwah yang diberikan oleh para cendekiawan Islam bagi menjelaskan tugas dan amanah dakwah. Dakwah mentauhidkan Allah dan mematuhi segala perintah-Nya wajib disampaikan kepada sekalian manusia termasuklah kepada golongan nelayan pantai. Nelayan pantai merupakan satu komuniti yang hidup di pesisir pantai. Di negeri Perak Darul Ridzuan mempunyai masyarakat nelayan pantai yang menjalani kehidupan di sepanjang pantai barat. Empat lokasi yang menjadi tumpuan komuniti ini iaitu Bagan Datuk, Manjung, Larut Matang dan Parit Buntar. Mereka masih menggunakan peralatan konvensional seperti pukat kecil, jala, sampan, bubu, kail dan sebagainya. Kehidupan mereka juga serba kekurangan. Mereka dibelenggu dengan pelbagai masalah kehidupan. Masalah yang sering dialami mereka antaranya aspek akidah iaitu mengamalkan amalan nenek moyang yang mampu merosakkan akidah, mengamalkan sinkretisme dan mempercayai ritual atau amalan khurafat. Dari aspek ibadah, mereka mereka meninggalkan solat, puasa, tidak sempat menghadirkan diri ke masjid dan tahap pemahaman agama yang rendah. Dari aspek sosial pula, mereka dibelenggu dengan ketagihan dadah, ketum, pergaulan bebas, berjudi, masalah sosial dan kecurian. Objektif pertama kajian ini ialah mengenal pasti permasalahan sosial yang berlaku dalam kalangan nelayan pantai di negeri Perak. Objektif kedua pula ialah menganalisis kaedah penyampaian dakwah institusi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam menangani permasalahan nelayan pantai di negeri Perak. Objektif ketiga adalah mencadangkan kerangka penyampaian dakwah institusi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) kepada golongan nelayan pantai negeri Perak. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui temu bual, pemerhatian dan dokumentasi. Hasil kajian mendapati beberapa aktiviti dakwah yang dilakukan oleh beberapa agensi sama ada daripada pihak Kerajaan atau Badan Bukan Kerajaan (NGO) kepada nelayan pantai di negeri Perak seperti kuliah agama, ziarah maḥabbah, berdakwah di jeti, kelas pengajian Muslimat, kelas KAFA, program sambutan hari kebesaran Islam, majlis sumbangan dan bantuan, ziarah rumah ke rumah, mengajak mendekati masjid, program karnival, dan program lawatan. Hasil dapatan juga mendapati bahawa nelayan pantai di negeri Perak turut mengalami permasalahan keagamaan dan sosial seperti ritual khurafat, meninggalkan ibadah wajib, masalah pergaulan bebas, masalah judi, ketagihan dadah, ketagihan ketum dan masalah kecurian. Selain itu, terdapat isu-isu penyampaian dakwah yang menjadi faktor ganggu kelancaran dakwah kepada mereka antaranya geografi, kesibukan nelayan, penyampaian kurang menarik, kekurangan dana, peribadi nelayan dan kekurangan pendakwah. Satu kerangka penyampaian baharu telah dicadangkan bagi menambah baik penyampaian dakwah kepada golongan nelayan pantai ini.

Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Isahak, Ideris
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Yusof @ Salleh, Muhammad Yusri
UNSPECIFIED
Thesis advisor
Khalid, Nurul Khairiah
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and culture
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Benevolent work. Social work. Welfare work, etc.
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Programme: Master in Contemporary Islamic Studies
Keywords: Dakwah, Nelayan pantai, Permasalahan sosial, Khurafat, Agensi kerajaan, NGO, Perak, Ziarah maḥabbah, Pembangunan komuniti, Kerangka dakwah
Date: February 2026
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/135921
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 135921.pdf] Text
135921.pdf

Download (371kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

135921

Indexing

Statistic

Statistic details