Pembangunan Android M-Pembelajaran Belajar Pola Sendiri (BPS) menyokong Revolusi Perindustrian 4.0 dalam pendidikan

Marni, Noranisah and Baharum, Khairudin (2022) Pembangunan Android M-Pembelajaran Belajar Pola Sendiri (BPS) menyokong Revolusi Perindustrian 4.0 dalam pendidikan. APS Proceedings, 1 (1): 5. pp. 24-32. ISSN 003428568-X
Abstract

M-Pembelajaran Android Belajar Pola Sendiri (BPS) adalah projek inovasi alat bantu mengajar (ABM), juga dikenali sebgai bahan bantu mengajar (BBM) yang menggunakan mobile android sebagai platform. Sasaran utama pengguna aplikasi ini adalah kepada tenaga pengajar dan pelajar dari bidang fesyen dan pakaian, serta usahawan-usahawan pakaian. Ia bertujuan sebagai membantu untuk proses menghasilkan pakaian keluaran syarikat mereka. Pola adalah kaedah mendraf rekaan pakaian mengikut ukuran bentuk badan dan pakaian yang ditetapkan sebelum proses menggunting pola pakaian di atas kain. Untuk prototaip, aplikasi M-Pembelajaran Android Belajar Pola Sendiri (BPS) kaedah mendraf “POLA ASAS KURUNG MODEN DAN VARIASI” dibangunkan sebagai M Pembelajaran. Pelbagai pola pakaian akan dimasukkan untuk menghimpunkan pelbagai pola mengikut jenis baju dalam satu aplikasi. Aplikasi ini dibangunkan bertujuan bagi memudahkan pengguna untuk mengakses nota-nota mendraf pola mengikut keperluan dengan mudah, hanya perlu muat turun aplikasi melalui smartphone dan pengguna dapat memanfaatkan kaedah mendraf dengan mudah serta kurang penggunaan kertas (paperless). Kelebihan aplikasi ini adalah nota-nota mendraf pola disertakan dengan visual tambahan dan butang arahan mendraf, ianya bertujuan membantu pengguna lebih mudah memahami langkah-langkah mendraf. Untuk makluman, pola pakaian merupakan pembelajaran asas dan proses yang sangat penting dalam menghasilkan pakaian supaya pakaian dapat dihasilkan mengikut ukuran, bentuk dan rekaan yang tepat.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 135858.pdf]
Text
135858.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics