Kajian arca ‘Menggenggam Keris’: representasi identiti budaya melalui seni arca awam dalam konteks budaya Perak

Omar, Aznan and Hamid, Md Yusof and Syed Mustapa, Syed Abdul Haris and Zakaria, Ahmad Zamil and Bujang, Mohd Hafiz (2026) Kajian arca ‘Menggenggam Keris’: representasi identiti budaya melalui seni arca awam dalam konteks budaya Perak. Idealogy Journal, 11 (1). pp. 251-261. ISSN 2550-214X
Identification Number (DOI): 10.24191/idealogy.v11i1.902
Abstract

Kajian ini membincangkan penciptaan dan penghayatan arca awam bertajuk “Menggenggam Keris” yang dibina di Dataran Jeti Bagan Datuk, Perak. Arca ini merupakan hasil projek kolaboratif antara Universiti Teknologi MARA, pihak berkuasa tempatan dan komuniti setempat sempena program Tahun Melawat Perak 2024. Karya ini mengangkat keris sebagai simbol utama yang mewakili sejarah, adat dan identiti budaya Kesultanan Perak, sekali gus berfungsi sebagai medium visual yang menghubungkan warisan tradisi dengan konteks kontemporari seni awam. Kajian ini memberi tumpuan kepada analisis simbolisme bentuk dalam pembentukan makna budaya. Selain itu, kajian turut meneliti peranan arca awam sebagai medium pemerkasaan budaya, interaksi sosial dan penyatuan komuniti melalui penglibatan pelbagai pihak dalam proses perancangan dan pelaksanaan karya seni arca awam yang berupaya berfungsi bukan sahaja sebagai mercu tanda fizikal, tetapi juga sebagai wahana kesenian, komunikasi budaya dan pengukuhan identiti tempatan dalam ruang awam.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 135796.pdf]
Text
135796.pdf
Download (458kB)
Indexing & Metrics