Program Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA) di Kampung Kuala Mengkuang, Pulau Pinang

Raja Berahim, Raja Rosila and Jamil, Marni and Mohd Fauzey, Nur Fatin Shahmina (2026) Program Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA) di Kampung Kuala Mengkuang, Pulau Pinang. Bulletin. Academy of Language Studies, UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Abstract

Banjir merupakan antara bencana alam yang paling kerap melanda Malaysia setiap tahun. Kejadian ini bukan sahaja mengakibatkan kehilangan nyawa, malah turut memusnahkan harta benda serta menjejaskan kesejahteraan komuniti setempat. Sehubungan itu, usaha memperkukuh tahap kesiapsiagaan masyarakat terhadap risiko banjir perlu dipergiatkan melalui pendekatan komunikasi, pendidikan dan kesedaran awam yang menyeluruh.
Bagi menyokong usaha tersebut, Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA), UiTM Cawangan Pulau Pinang telah mengambil inisiatif menganjurkan Program Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA). Program ini bertujuan memperkenalkan serta memperkukuh pemahaman komuniti terhadap Sistem Pusat Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) di samping meningkatkan tahap pengetahuan, kefahaman dan kesedaran masyarakat mengenai risiko bencana banjir serta kepentingan sistem ramalan dan amaran awal sebagai langkah persediaan yang proaktif.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 135725.pdf]
Text
135725.pdf
Download (5MB)
Indexing & Metrics