Plastik High Density Polyethylene (HDPE) sebagai inovasi bahan alternatif dalam pengajaran dan pembelajaran seni cetakan benam

Razali, Rosmidahanim and Masanat, Florene Ejot and Zakaria, Muhammad Salehuddin and Said Ahmad @ Saed Ahmad, Siti Humaini (2025) Plastik High Density Polyethylene (HDPE) sebagai inovasi bahan alternatif dalam pengajaran dan pembelajaran seni cetakan benam. In: The 14th international invention, innovation & design competition 2025 (INDES 2025), 26 Jun 2025, Universiti Teknologi MARA, Perak.
Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneroka penggunaan plastik High-Density Polyethylene (HDPE) sebagai bahan alternatif yang inovatif dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran seni cetakan benam. Teknik cetakan benam secara tradisional melibatkan penggunaan plat logam seperti zink atau tembaga yang bukan sahaja mahal, tetapi juga memerlukan penggunaan bahan kimia berbahaya serta peralatan khas yang tidak sesuai untuk diletakkan di dalam bengkel cetakan. Di samping itu, ia juga memberi kesan bahaya kepada pelajar. Melalui pendekatan kualitatif dan eksperimental, kajian ini menggunakan HDPE yang diperoleh daripada bahan buangan domestik seperti botol sabun pencuci, penutup bekas sabun dan pelbagai sisa plastik. Permukaan HDPE diukir menggunakan alat yang tajam, diwarnakan dengan dakwat cetakan khas dan dicetak menggunakan mesin cetakkan. Dapatan menunjukkan bahawa HDPE menghasilkan hasil cetakan yang jelas, mempunyai potensi teknikal yang setanding dengan bahan konvensional, serta jauh lebih murah dan selamat digunakan. Tambahan pula, penggunaan HDPE dalam pengajaran seni turut menyemai nilai kelestarian dan kesedaran alam sekitar dalam kalangan pelajar. Bahan HDPE sebagai alternatif menggantikan plat logam ini juga membantu kaedah pembelajaran jarak jauh (ODL) sebagaimana situasi pandemik COVID-19 yang pernah melanda negara Malaysia. Oleh itu, penggunaan HDPE sebagai plat cetakan benam bukan sahaja dapat memperkasa praktis seni secara inklusif, tetapi juga menyokong pendekatan pendidikan seni yang berdaya lestari, kreatif dan inovatif.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 135608.pdf]
Text
135608.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics