Integrasi psikospiritual Islam dan konsep hisbah kendiri dalam menangani masalah ketagihan permainan dalam talian

Lukman, Muhammad Danish Rif’qi (2026) Integrasi psikospiritual Islam dan konsep hisbah kendiri dalam menangani masalah ketagihan permainan dalam talian. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA.

Abstract

Ketagihan permainan dalam talian adalah ketagihan tingkah laku yang telah dikategorikan oleh World Health Organization (WHO) sebagai masalah kesihatan mental. Terdapat pelbagai kesan ketagihan yang berkait psikososial dan gangguan mental seperti kemurungan serius dan juga menyebabkan kematian. Malaysia sebagai negara ke sembilan aktif penggunaan media digital di dunia sangat berisiko dalam isu ini dan perlu kepada tindakan segera bagi menanganinya. Pendekatan psikospiritual Islam dan konsep hisbah kendiri merupakan suatu pendekatan alternatif terapi yang cuba diketengahkan dalam menjadikan ia sebagai suatu sistem sokongan dan rawatan alternatif dalam membantu mengatasi masalah berkaitan ketagihan tingkah laku khususnya ketagihan permainan dalam talian. Ia adalah suatu metod bersandarkan kaedah yang berpandukan al-Quran dan hadis seperti yang digariskan oleh agama Islam dalam membantu individu yang menghadapi masalah fizikal, rohani dan mental. Psikospiritual Islam berkisarkan terapi kerohanian dalam menguatkan sistem ketahanan spiritual dalam diri. Hisbah kendiri ini juga berkisarkan pengawasan diri dan sosial berkonsepkan amar makruf dan nahi mungkar. Walaupun kaedah spiritual dan keagamaan telah banyak dibahas oleh para sarjana di dalam rawatan psikoterapi, namun keberkesanannya belum diteliti sepenuhnya. Maka, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti konsep integrasi psikospiritual Islam dan konsep hisbah kendiri berupaya untuk menjadi suatu terapi alternatif bagi menangani masalah ketagihan tingkah laku khususnya ketagihan permainan dalam talian. Kajian ini berbentuk konseptual dan menggunakan kaedah kualitatif dilaksanakan melalui temu bual bertujuan terhadap tujuh orang pakar yang terdiri daripada psikiatris, kaunselor dan pensyarah daripada beberapa Universiti Awam di Malaysia. Tematik analisis berdasarkan transkripsi temubual digunakan bagi mengenalpasti simptom, kesan dan faktor ketagihan serta solusi psikospiritual Islam bagi menangani ketagihan permainan dalam talian. Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat pelbagai kesan dan faktor penyumbang kepada permasalahan yang berlaku. Kajian juga telah mengenalpasti beberapa solusi oleh pakar bagi mengurangkan masalah ketagihan permainan dalam talian menggunakan pendekatan psikospiritual Islam dan hisbah kendiri. Pendekatan integrasi psikospiritual Islam dan hisbah kendiri dilihat berupaya memberi kesan positif kepada kerohanian manusia. Kajian lanjutan amat digalakkan untuk mengenal pasti dan menangani masalah psikologi melalui psikoterapi Islam terutamanya menggunakan pendekatan psikospiritual Islam dan hisbah kendiri.

Metadata

Item Type: Thesis (Degree)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Lukman, Muhammad Danish Rif’qi
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Programme: Sarjana Pengajian Islam Kontemporari
Keywords: Integrasi psikospiritual islam, konsep hisbah kendiri
Date: 2026
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/135507
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 135486_fulltext.pdf] Text
135486_fulltext.pdf

Download (24MB)
[thumbnail of declarationform.pdf] Text
declarationform.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (765kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

135507

Indexing

Statistic

Statistic details