Abstract
Artikel ini membincangkan inisiatif pendidikan keselamatan siber yang menyasarkan golongan remaja, khususnya komuniti murid Orang Asli di SK Kampong Kudung, Bekok, Segamat. Berikutan peningkatan statistik jenayah siber seperti penipuan dan buli siber di Malaysia, program ini memperkenalkan penggunaan komik sebagai alat pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang inovatif untuk menerangkan konsep Keselamatan dan Privasi Maklumat di aplikasi media sosial. Melalui kaedah visual yang interaktif, peserta didedahkan kepada tatacara tetapan privasi bagi platform popular seperti TikTok, Instagram, dan WhatsApp. Pelaksanaan program di bawah geran CE-SIR2023 ini turut melibatkan pemerkasaan rakan sebaya, di mana pelajar SMK Bekok dilatih sebagai fasilitator untuk menyampaikan kesedaran tersebut. Hasil inisiatif ini menunjukkan bahawa pendekatan bercerita melalui komik mampu memudahkan pemahaman teknikal yang kompleks, sekali gus bertindak sebagai strategi intervensi yang berkesan dalam membina daya tahan digital di kalangan komuniti luar bandar dan berisiko.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Ahmad, Shamsatun Nahar UNSPECIFIED Palaniappan, P. Siva Shamala UNSPECIFIED Chinniah, Muruga UNSPECIFIED Kerk, Lee Chang UNSPECIFIED Mohd Rick, Abd Malik UNSPECIFIED |
| Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GN Anthropology > Ethnic groups H Social Sciences > HM Sociology > Social change > Information technology. Information society. Digital divide |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Computer and Mathematical Sciences |
| Journal or Publication Title: | e-CoMath |
| ISSN: | 3030-6310 |
| Page Range: | p. 87 |
| Keywords: | Keselamatan siber, Privasi maklumat, Media sosial, Komik pendidikan, Orang Asli, Remaja Malaysia, Literasi digital, SKMM |
| Date: | 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/135370 |
