Abstract
Artikel ini membincangkan pelaksanaan Kursus Kepimpinan Akademik Muda 2024/2025, sebuah inisiatif kolaborasi strategik antara UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat, dan Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Segamat. Program ini bertujuan untuk memperkasakan kemahiran kepimpinan dalam kalangan 106 pemimpin pelajar, termasuk Pengawas dan Student Leader Board, bagi mendepani cabaran Revolusi Industri Ke-4. Melalui metodologi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang dikendalikan oleh fasilitator mahasiswa (COMPASS) dan pakar kepimpinan pelajar, peserta didedahkan kepada elemen integriti, etika, dan keupayaan membuat keputusan. Hasil program menunjukkan bahawa interaksi antara institusi pengajian tinggi dan sekolah rendah mampu memupuk keyakinan diri serta motivasi kepimpinan muda pada peringkat akar umbi. Keberhasilan inisiatif ini menekankan kepentingan pembangunan modal insan yang berketerampilan sebagai persediaan melahirkan barisan pemimpin masa depan yang berwibawa dan berdaya saing.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Sokman, Yusnita UNSPECIFIED Palaniappan, P. Siva Shamala UNSPECIFIED Ahmad Tarmizi, Syaidatus Syahira UNSPECIFIED Lehat, Mohd Lezam UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Computer and Mathematical Sciences |
| Journal or Publication Title: | e-CoMath |
| ISSN: | 3030-6310 |
| Page Range: | pp. 80-81 |
| Keywords: | Kepimpinan muda, Kepimpinan pelajar, Latihan Dalam Kumpulan, LDK, Pembangunan belia, UiTM Johor, SRAB Segamat, COMPASS |
| Date: | 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/135333 |
