Fasal ekses dalam polisi insurans motor: adakah ia menguntungkan pemegang polisi?

Obeng, Baduyah (1998) Fasal ekses dalam polisi insurans motor: adakah ia menguntungkan pemegang polisi? Jurnal Akademik UiTM Sarawak: 1. pp. 1-8. ISSN 0128-2635
Abstract

Di Malaysia, seksyen 90(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987 mewajibkan pemilik kenderaan bermotor agar mengambil perlindungan insurans bagi kenderaan yang akan digunakan di jalan raya. Di antara perlindungan insurans yang boleh diambil oleh pemilik kenderaan adalah polisi perlindungan komprehensif atau polisi pihak ketiga. Perlindungan insurans ini diambil dengan tujuan untuk melindungi pemilik kenderaan dari pelbagai risiko yang bakal dihadapi akibat kemalangan jalan raya melalui penggunaan kenderaan. Mengikut seksyen 90(2), Akta yang sama, kegagalan pemilik untuk mengambil perlindungan insurans ke atas kenderaan masing-masing merupakan satu kesalahan. Jika disabitkan, seseorang itu boleh didenda1 atau dipenjarakan2 atau kedua-duanya sekali. Di samping itu, seseorang yang didapati bersalah akan secara otomatik hilang kelayakannya ke atas lesen memandu selama 12 bulan dari tarikh sabitan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 135311.pdf]
Text
135311.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics