Abstract
Artikel ini membincangkan pelaksanaan program Collaborative Teaching bagi kursus Statistical Methods (STA210) yang melibatkan kolaborasi akademik antara UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat dan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA). Program ini merupakan satu inisiatif perkongsian kepakaran rentas universiti yang memfokuskan kepada topik Chi-Square Test of Independence. Melalui penyertaan pensyarah pakar dari UMPSA dan kehadiran penuh pelajar Diploma Sains Matematik (CDCS143), sesi ini berjaya mewujudkan platform pertukaran ilmu yang dinamik. Objektif utama program ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai aplikasi kaedah statistik daripada perspektif akademik yang berbeza serta memperkukuh jaringan kerjasama antara institusi pendidikan tinggi. Hasil daripada program ini menunjukkan bahawa pengajaran kolaboratif mampu meningkatkan kualiti penyampaian kurikulum dan memperluas ufuk pembelajaran pelajar dalam bidang sains matematik.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mokhtar, Nurkhairany Amyra UNSPECIFIED Azman Ong, Mohd Hanafi UNSPECIFIED Yusop, Haslenda haslenda381@uitm.edu.my |
| Subjects: | H Social Sciences > HA Statistics > Theory and method of social science statistics L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Computer and Mathematical Sciences |
| Journal or Publication Title: | e-CoMath |
| ISSN: | 3030-6310 |
| Page Range: | p. 77 |
| Keywords: | Statistik, Pengajaran kolaboratif, Ujian Khi-Kuasa, Chi-Square Test of Independence, Kerjasama akademik, UiTM Johor, UMPSA |
| Date: | 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/135307 |
