Global learning: calculus for a better world

Mohammad, Siti Afiqah and Ahmad, Shamsatun Nahar and Nordin, Nur Syahidah and Arbin, Norazam and Mat Noor, Nur Azlina (2024) Global learning: calculus for a better world. e-CoMath. p. 74. ISSN 3030-6310
Abstract

Artikel ini mendokumentasikan pelaksanaan dan impak program Global Learning: Calculus for a Better World yang dianjurkan oleh pensyarah kursus Calculus I (MAT183) di UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat. Inisiatif pembelajaran global ini dijalankan secara dalam talian menerusi platform WEBEX dengan kerjasama pakar akademik dari Universitas Batam, Indonesia. Kajian ini menumpukan kepada keberkesanan kolaborasi antarabangsa dalam memperkukuh pemahaman pelajar Diploma Sains Matematik (CDCS143) dan Diploma Sains Komputer (CDCS110) terhadap aplikasi kalkulus dalam dunia nyata, khususnya bagi topik Applications of Differentiation dan Applications of Integration. Melalui penyertaan seramai 224 pelajar dan lima pensyarah, sesi ini membuktikan bahawa integrasi perspektif pakar luar negara bukan sahaja meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP), malah menyuntik elemen inovatif yang menjadikan subjek teknikal lebih menarik dan bermakna. Maklum balas positif peserta menunjukkan bahawa model pembelajaran global ini merupakan pendekatan pedagogi yang efektif dalam melahirkan graduan yang kompeten dan berdaya saing di peringkat global.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 135257.pdf]
Text
135257.pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics