Mesin mini soaper

Mohammad Noor, Hafsa and Mohd Akhar, Mahathir and Mohd Muzaffar, Mohamad Amierul Iqmal and Ahmad Faizal, Amirul Sharafuddin (2024) Mesin mini soaper. In: Proceedings Of Johor International Innovation Invention Competition And Symposium 2024. Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang, Universiti Teknologi MARA, Johor, p. 68. ISBN 978-967-0033-25-9

Abstract

Minyak masak adalah sejenis cecair yang digunakan dalam kalangan pengguna bagi tujuan memasak. Pembuangan sisa minyak masak yang tidak terkawal akan menyebabkan pencemaran alam sekitar. Pencemaran alam sekitar yang tidak dibendung akan menjurus kepada kerosakkan ekosistem yang juga memberi kesan buruk kepada kehidupan manusia. Tujuan utama projek ini adalah untuk menghasilkan sebuah model Mesin Mini Soaper yang berkeupayaan untuk mengadun dan membentuk sabun buku berasaskan minyak masak terpakai. Kelajuan motor pengadun Mesin Mini Soaper ditetapkan pada 150 rpm yang mana mampu mengadun sebati minyak masak terpakai, air dan Natrium Hidroksida (NaOH) dengan nisbah 3:2:1 hanya dalam masa 10 minit. Campuran yang telah sebati kemudiannya dikeluarkan mengikut saluran paip dan dimasukkan ke dalam pemanas. Proses pemanasan bahan campuran berlaku pada dua proses iaitu masak dan hangat. Masing-masing mempunyai suhu yang berbeza iaitu 100°C dan 60°C. Proses pemanasan masak akan beroperasi selama 1 jam manakala panas selama 1 jam 30 minit. Selesai proses pemanasan, campuran ini akan membeku dan membentuk menjadi sabun. Kajian menunjukkan bahawa mesin ini mampu meningkatkan produktiviti pengeluaran sabun berbanding dengan kaedah tradisional kerana proses pengerasan campuran menggunakan pemanas adalah lebih baik berbanding kaedah tradisional. Hasil sabun buku juga boleh terus digunakan berbanding dengan kaedah tradisional yang memerlukan masa selama 24 jam bagi tujuan pengerasan dan perlu melalui proses pemeraman selama satu bulan sebelum hasil sabun boleh digunakan. Mesin Mini Soaper dapat menjimatkan sebanyak 67% masa berbanding menggunakan pemukul telur dan sebanyak 50% berbanding alat pengacau automatik. Penggunaan mesin ini juga boleh menggalakkan amalan kitar semula minyak masak terpakai.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohammad Noor, Hafsa
hafsa@uthm.edu.my
Mohd Akhar, Mahathir
UNSPECIFIED
Mohd Muzaffar, Mohamad Amierul Iqmal
UNSPECIFIED
Ahmad Faizal, Amirul Sharafuddin
UNSPECIFIED
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs > Beauty, Personal
T Technology > TP Chemical technology > Oils, fats, and waxes > Palm oil
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Johor > Pasir Gudang Campus > College of Computing, Informatics and Mathematics
Volume: 2
Page Range: p. 68
Keywords: Kitar semula, Mesin sabun buku, Minyak masak terpakai
Date: 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/135185
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 135185.pdf] Text
135185.pdf

Download (4MB)

ID Number

135185

Indexing

Statistic

Statistic details