Penggera pengesan gegaran

Mohd Zaidi, Nur Syamimy Izzati and Rahimi, Nurul Ain Syafiqah and Rozaidi, Mohamad Raziq Aiman and Azman, Muhammad Adam Iman and Sumari, Muhammad Sabilillah and Hashim, Natasha (2024) Penggera pengesan gegaran. In: Proceedings Of Johor International Innovation Invention Competition And Symposium 2024. Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang, Universiti Teknologi MARA, Johor, pp. 629-634. ISBN 978-967-0033-25-9

Abstract

Bencana alam yang berlaku di Malaysia baru-baru ini iaitu tanah runtuh, runtuhan bangunan dan pokok. Tanah runtuh dan gempa bumi adalah sama iaitu berkaitan pergerakan tanah tetapi dalam faktor yang berbeza. Oleh itu, bencana tanah runtuh berlaku disebabkan pergerakan tanah seperti batuan jatuh, pembinaan yang tidak mengikut piawaian, dan sebagainya. Untuk gempa bumi pula, merupakan fenomena pergerakan mengejut pada permukaan bumi yang biasanya tenaga yang tersimpan didalam bumi berbentuk geseran batu dan tiba-tiba terlepas. “Penggera Pengesan Gegaran” adalah satu peranti dimana berfungsi sebagai penggera amaran bagi persediaan awal untuk bencana alam yang telah dinyatakan. Rekaan peranti ini menggunakan unit kawalan Arduino UNO sebagai litar mikropengawal. Selain itu, dalam peranti ini menggunakan penderia masukan “ADXL335 Accelerometer” untuk mengesan gegaran yang berlaku berdasarkan gegaran pada analog paksi X, Y, dan Z dengan mengukur dalam nilai graviti. Paparan LCD pula untuk memaparkan bacaan graviti ketika ada gegaran yang dikesan oleh penderia masukan itu. Pembaz dan LED pula untuk memberikan amaran jika gegaran yang besar berlaku. Graf Seismik juga akan dikeluarkan melalui perisian “Processing IDE” dan memplot bacaan gegaran di atas graf pada komputer. Hasil soal selidik kepada pengguna juga membuktikan bahawa secara keseluruhan pengguna bersetuju dengan adanya peranti ini disekitar kediaman mereka. Jadi dengan adanya peranti ini sedikit sebanyak membantu pengguna memberi peringatan awal bagi bencana-bencana tersebut.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Zaidi, Nur Syamimy Izzati
UNSPECIFIED
Rahimi, Nurul Ain Syafiqah
UNSPECIFIED
Rozaidi, Mohamad Raziq Aiman
UNSPECIFIED
Azman, Muhammad Adam Iman
UNSPECIFIED
Sumari, Muhammad Sabilillah
UNSPECIFIED
Hashim, Natasha
natasha@kypj.edu.my
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > Remote Sensing
G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences > Environmental conditions. Environmental quality. Environmental indicators. Environmental degradation
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Johor > Pasir Gudang Campus > College of Computing, Informatics and Mathematics
Volume: 2
Page Range: pp. 629-634
Keywords: Pengesan gegaran, Graviti, Graf seismik
Date: 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/135179
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 135179.pdf] Text
135179.pdf

Download (4MB)

ID Number

135179

Indexing

Statistic

Statistic details