Abstract
Artikel ini membincangkan pelaksanaan sesi webinar Collaborative Teaching bagi kursus Introduction to Database Design (ICT200) bertajuk "Data In Action – Industry Revolution" yang dianjurkan pada 5 Januari 2024. Program ini menampilkan pakar industri daripada Finexus International Sdn. Bhd. untuk memberikan pendedahan praktikal mengenai aplikasi reka bentuk pangkalan data dalam landskap industri masa kini. Perbincangan memfokuskan kepada peralihan daripada pemodelan Entity-Relationship Diagram (ERD) kepada Unified Modeling Language (UML), serta kepentingan penguasaan pengaturcaraan Structured Query Language (SQL). Selain itu, webinar ini menekankan keperluan struktur pangkalan data yang kukuh, termasuk aspek integriti hubungan dan keupayaan integrasi rentas platform bagi menyokong sistem transaksi atas talian (OLTP). Inisiatif ini berjaya merapatkan jurang antara silibus akademik dengan keperluan tenaga kerja profesional dalam bidang kejuruteraan perisian dan pengurusan pangkalan data.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Othman, Ahmad Kamalrulzaman UNSPECIFIED Jamingan @ Amin, Nafisah UNSPECIFIED Zainuddin, Noor Azrin UNSPECIFIED Sokman, Yusnita UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LC Special aspects of education > Education and globalization. Education and society Q Science > QA Mathematics > Programming languages (Electronic computers) |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Computer and Mathematical Sciences |
| Journal or Publication Title: | e-CoMath |
| ISSN: | 3030-6310 |
| Page Range: | p. 69 |
| Keywords: | Reka bentuk pangkalan data, Revolusi industri, Pengaturcaraan SQL, ERD, Pemodelan UML, Kolaborasi akademik-industri, ICT200 |
| Date: | 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/135114 |
