Sharing session: making data speak insight with descriptive statistics

Ahmad, Nur Intan Syafinaz and Alimon, Nur Idayu and Tukiman, Norbaiti and Johari, Norzarina (2024) Sharing session: making data speak insight with descriptive statistics. e-CoMath. pp. 66-67. ISSN 3030-6310
Abstract

Artikel ini memperincikan pelaksanaan sesi perkongsian akademik bertajuk "Making Data Speak Insight with Descriptive Statistics" yang dianjurkan pada 11 Januari 2024. Program secara atas talian ini menampilkan pakar statistik daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebagai usaha memperkukuh kolaborasi rentas universiti serta pemindahan ilmu antara UiTM dan UTM. Pengisian utama webinar merangkumi aplikasi statistik deskriptif dan inferensi dalam membuat keputusan, mengukur prestasi, serta memantau risiko dalam kehidupan seharian. Selain itu, aspek teknikal mengenai klasifikasi pemboleh ubah kuantitatif dan kualitatif serta aplikasi data time series turut dibincangkan bagi memberikan kefahaman mendalam kepada peserta. Hasil daripada program ini menunjukkan peningkatan minat pelajar terhadap subjek statistik dan keberkesanan pendekatan praktikal dalam menterjemah data mentah kepada maklumat yang bermakna.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 135111.pdf]
Text
135111.pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics