Abstract
Artikel ini menganalisis pelaksanaan Global Knowledge Exchange Program (GKEP) @ UniBa sebagai inisiatif strategik untuk memupuk jaringan kolaborasi antarabangsa serta pertukaran ilmu antara UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang dan Universitas Batam, Indonesia. Melalui program yang berlangsung dari 1 hingga 3 Mac 2024 ini, fokus utama diberikan kepada pembinaan kerjasama dalam bidang penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran, serta penganjuran Johor International Innovation, Invention Competition and Symposium (JIIICaS) 2024. Kajian ini mendapati bahawa inisiatif ini berjaya memeterai Memorandum of Agreement (MoA) sebagai rakan kolaborasi strategik, di samping membuka ruang perbincangan berkaitan penyeliaan pascasiswazah yang berpotensi meningkatkan keterlihatan UiTM di persada global. Hasil dapatan menunjukkan bahawa program pertukaran pengetahuan secara bersemuka ini berkesan dalam meningkatkan kompetensi global staf akademik, memupuk inovasi dalam teknik pengajaran, serta memperkukuh ekosistem pendidikan tinggi melalui jalinan hubungan institusi yang mampan.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Wan Mohamad, Wan Munirah wanmunirah@uitm.edu.my Arifin, Nur Syamilah UNSPECIFIED Khalid, Ahmad Khudzairi UNSPECIFIED Alimon, Nur Idayu idayualimon@uitm.edu.my Hasmy, Harshida UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education Q Science > Q Science (General) > Group work in research |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Computer and Mathematical Sciences |
| Journal or Publication Title: | e-CoMath |
| ISSN: | 3030-6310 |
| Page Range: | pp. 51-52 |
| Keywords: | Global Knowledge Exchange Program, GKEP, UiTM, Universitas Batam, Kolaborasi antarabangsa, JIIICaS 2024, Pendidikan tinggi |
| Date: | 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/135042 |
