Building tomorrow's leaders: a student leadership program

Ng, Set Foong and Mohamad Yunos, Nurhazirah and Khalid, Ahmad Khudzairi and Tukiman, Norbaiti and Kapi, Azyan Yusra (2024) Building tomorrow's leaders: a student leadership program. e-CoMath. p. 42. ISSN 3030-6310
Abstract

Artikel ini mendokumentasikan pelaksanaan program khidmat masyarakat bertajuk Leadership Excellence Program (LEP) yang dianjurkan oleh Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik & Matematik (KPPIM), UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang. Program selama tiga hari dua malam yang menyasarkan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Johor Bahru (SMKA JB) ini bertujuan untuk memasyarakatkan universiti melalui proses pemindahan ilmu serta memperkukuh jaringan strategik antara institusi pengajian tinggi dan komuniti setempat. Melalui lapan modul intensif yang merangkumi aspek kepimpinan holistik, pembangunan sahsiah, teknik pembelajaran pantas, dan kerohanian, para peserta didedahkan kepada pengalaman akademik serta kepimpinan yang komprehensif. Selain itu, pendedahan mengenai peluang pendidikan tinggi melalui sesi khas bersama UiTM turut menyumbang kepada aspirasi pelajar. Dapatan maklum balas peserta menunjukkan bahawa program ini berjaya dilaksanakan dengan lancar dan memberikan impak positif yang signifikan dalam membentuk jati diri serta potensi kepimpinan generasi muda.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 135001.pdf]
Text
135001.pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics