Potensi reka corak batik abstrak melalui aplikasi kotak beralun terpakai sebagai teknik inovatif

Awang, Junaidi and Abdullah, Zamrudin and Mohammad Noh, Liza Marziana and Wan Bakar, Wan Norliza and Mat Nashir @ Mohd Nasir, Rohaizan (2023) Potensi reka corak batik abstrak melalui aplikasi kotak beralun terpakai sebagai teknik inovatif. Jurnal Tuah, 4 (1): 12. pp. 125-129. ISSN 2756-8350

Official URL: https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JTuah/iss...

Abstract

Batik adalah seni yang merujuk kepada teknik merekacorak tekstil melibatkan dua proses utama iaitu proses penahanan bahan lilin ke atas fabrik sebelum melalui proses pewarnaan akan dilihat dari sudut inovasi teknik penghasilannya dari teknik tradisional sedia ada iaitu cantingan, terapan cop tembaga dan cetakan kepada teknik inovatif iaitu aplikasi terapan dari bahan kotak terpakai dari jenis kotak berlaun iaitu salah satu kotak yang biasa digunakan dalam pembungkusan dan penghantaran barangan. Kajian ini bertujuan memperlihatkan potensi rekacorak abstrak yang terhasil melalui aplikasi bahan kotak beralun terpakai sama ada melalui kaedah terapan atau sapuan lilin yang mempunyai nilai estetiknya tersendiri sebagai idea dan inovasi kepada karyawan batik daripada kebergantungan kepada teknik konvensional sedia ada; selain dari meneroka dan memanfaatkan bahan terpakai yang secara langsung menyokong aspek kitar semula disamping memperkenalkan teknik pembuatan batik yang berkos rendah. Dominasi dan tren dalam konsep rekacorak batik masa kini yang telah berubah daripada motif berasaskan flora dan fauna kepada konsep yang lebih kontemporari terutamanya berunsurkan abstrak menjadi dasar kepada kajian ini. Metodologi kajian ini dihasilkan melalui penyelidikan berasaskan amalan seni iaitu Model Proses Kreatif oleh Graham Wallas untuk melihat potensi estetiknya. Kajian ini diharap dapat memperlihatkan potensi dan idea dalam kepelbagaian inovasi teknik dalam penghasilan batik untuk diperluaskan kepada komuniti karyawan dan pengusaha batik.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Awang, Junaidi
junaidi042@uitm.edu.my
Abdullah, Zamrudin
UNSPECIFIED
Mohammad Noh, Liza Marziana
UNSPECIFIED
Wan Bakar, Wan Norliza
wliza349@uitm.edu.my
Mat Nashir @ Mohd Nasir, Rohaizan
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NK Decorative arts > Other arts and art industries > Textile arts and art needlework > Batik > Malaysia
T Technology > TT Handicrafts Arts and crafts > Home arts. Homecrafts. > Textile arts and crafts > Textile decoration. Textile painting
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management
Journal or Publication Title: Jurnal Tuah
ISSN: 2756-8350
Volume: 4
Number: 1
Page Range: pp. 125-129
Related URLs:
Keywords: Batik, Corrugated paperboard in art, Sustainable design
Date: 30 December 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/134975
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 134975.pdf] Text
134975.pdf

Download (481kB)

ID Number

134975

Indexing

Statistic

Statistic details