Abstract
Artikel ini melaporkan penganjuran program Technology Talent Exhibition (TETA): Guardians of the Net: Securing Tomorrow yang diadakan sebagai inisiatif pendidikan bagi pelajar kursus ITT320 (Computer Security) program Diploma Sains Komputer (CDCS110). Program yang melibatkan 129 orang pelajar ini bertujuan untuk menyediakan pendedahan komprehensif mengenai kepentingan keselamatan siber dalam melindungi ketersediaan maklumat dalam persekitaran digital moden. Melalui sesi latihan praktikal, peserta didedahkan kepada pelbagai ancaman siber kontemporari, termasuk pencerobohan rangkaian, serangan kejuruteraan sosial, dan serangan penafian perkhidmatan (Denial-of-Service). Kajian ini menyoroti keberkesanan integrasi pembelajaran berasaskan pengalaman dalam membantu pelajar mengaplikasikan teori keselamatan siber ke dalam senario industri sebenar, khususnya dalam aspek pengurusan dan mitigasi insiden keselamatan. Inisiatif ini membuktikan kepentingan pendedahan praktikal dalam memupuk kemahiran teknikal yang relevan bagi melahirkan tenaga kerja digital yang berdaya tahan terhadap ancaman siber masa kini.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Hassan, Nurfarhana UNSPECIFIED Othman, Ahmad Kamalrulzaman UNSPECIFIED Abu Bakar, Nor Fauziah UNSPECIFIED Mohamad Khalid, Rusnani UNSPECIFIED Sokman, Yusnita UNSPECIFIED Md Nasrudin, Farah Suraya UNSPECIFIED |
| Subjects: | Q Science > QA Mathematics > Study and teaching T Technology > T Technology (General) > Information technology. Information systems |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Computer and Mathematical Sciences |
| Journal or Publication Title: | e-CoMath |
| ISSN: | 3030-6310 |
| Page Range: | pp. 27-28 |
| Keywords: | Keselamatan siber, Technology Talent Exhibition, TETA, Pendidikan sains komputer, Ancaman digital, ITT320, Pengurusan keselamatan maklumat |
| Date: | 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/134944 |
