Kesenian hurufiah: tulisan Jawi dalam penghasilan karya seni arca awam di Malaysia

Ismail, Mohd Nasir and Ramli, Mohd Faizal and Yusof, Zulkarnain (2018) Kesenian hurufiah: tulisan Jawi dalam penghasilan karya seni arca awam di Malaysia. eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018), 1 (1): ch.10: 7. pp. 1006-1010. ISSN 978-967-15434-3-6

Abstract

Penolakan sepenuhnya terhadap seni yang berunsurkan antropomofik atau perlukisan makluk-makhluk bernyawa (al-musawirun) menjadi garis panduan terpenting dalam penghasilan karya seni oleh pengarca. Pengarca mengambil pendekatan berhati-hati dalam mematuhi batasan syariat dan cuba sedaya upaya mengelakkan sebarang unsur subahat dalam menghasilkan karya seni. Pelakuan metaforik dalam usaha penerapan konsep Tauhid untuk mengambarkan hakikat ketuhanan adalah sesuatu yang bertentangan dalam Islam. Dalam teologi Islam, Allah (S.W.T) tidak sama sekali merupai apa-apa bentuk imej ciptaanNya., sebaliknya Dia memperkenalkan diriNya melalui perkataanNya yang bebentuk Wahyu yang disampaikan melalui Jibrail (A.S) kepada Nabi Muhamad (S.A.W) dalam bentuk lisan. Oleh yang demikian pengarca menggunakan tulisan jawi sebagai bahan kajian yang mesejnya adalah berhubungkait dengan jiwa keislaman melalui konsep hurufiah. Tulisan Jawi Melayu dicipta dari tulisan arab seringkali digandingkan juga dengan seni khat Islam atau kaligrafi. Kedua-duanya diolah sehingga ke tahap tertinggi nilai estetika Islam. Sesungguhnya tulisan Jawi dapat mengeratkan perpaduan satu bahasa yang meliputi semua golongan Bangsa Melayu yang menganggap Tulisan Jawi sinonim dengan masyarakat Melayu di Nusantara.Tulisan Jawi telah telah wujud sejak abad ketujuh Masehi melalui penemuan batu bersurat Terengganu. Oleh kerana mesej-mesej kerohanian seperti ketuhanan, alam akhirat, persoalan moral dan etika yang tidak mampu dicapai oleh pancaindera dan akal, maka karya pengarca merupakan Warisan Warkah Melayu sebagai satu percubaan dalam proses penemuan bentuk dan makna dalam kesenian Islam di Malaysia.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ismail, Mohd Nasir
nasir733@kelantan.uitm.edu.my
Ramli, Mohd Faizal
faizal055@kelantan.uitm.edu.my
Yusof, Zulkarnain
zul713@kelantan.uitm.edu.my
Subjects: N Fine Arts > NB Sculpture > Special forms
N Fine Arts > NK Decorative arts > Islamic calligraphy > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018)
ISSN: 978-967-15434-3-6
Volume: 1
Number: 1
Page Range: pp. 1006-1010
Keywords: Aniconism (Islam), Islamic sculpture, Jawi alphabet in art
Date: 2018
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/134852
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 134852.pdf] Text
134852.pdf

Download (1MB)

ID Number

134852

Indexing

Statistic

Statistic details